Hello there!!

SIAPALAH AKU JIKA HENDAK DIBANDINGKAN DENGAN DIRIMU...SIAPALAH AKU JIKA HENDAK BERDIRI DISISIMU..DAN SIAPALAH YANG TAK MUNGKIN DAPAT BERKATA UNTUK MENCARIMU..

HEHE..PROMOTE2.TGK LA YANG MANA CUN..PILIH2..

Wednesday, November 11, 2009

TAHAJJUD CINTA

ERRMM... aku skang ni dah jiwang karat + nak jadi muslimah. haha..so hati terdorong mencari kedamaian jiwa.. tetiba tersangkut plak ngn lagu siti dalam album baru dia..

TAHAJJUD CINTA..


Ada bnyk gak lagu yang aku suka. memang sedap2 la lagu dalam album ni.. menyentuh hati..
PINTU RINDU pun sedap.. RASULLULLAH pun best..

Monday, November 9, 2009

MUNAJAT DI HATIKU

MUNAJAT CINTA
Ahmad Dhani

Malam ini, ku sendiri,
tak ada yang, menemani,
seperti malam-malam,
yang sudah, sudah

Hati ini, selalu sepi,
tak ada yang, menghiasi,
seperti cinta ini,
yang s’lalu, pupus

Tuhan kirimkanlah aku,
kekasih yang, baik hati,
yang mencintai aku,
apa adanya

Mawar ini, semakin layu,
tak ada yang, memiliki,
seperti, aku ini,
semakin, pupus

Sunday, November 8, 2009

LASYKAR PELANGI

Terlalu banyak buku yang aku baca..banyak sngt tp tak sempat nak buat review.. Skang ni aku bnyk baca buku dari indonesia. stop jap baca novel omputih.. bukan apa.. kalau buku indonesia noi, pengisian dia tu mendalam.. memang ada something yang susah nak cari pada penulis malaysia. i'm not underestimate malaysian writers, tapi kalau bab2 penulisan untuk santapan ruhani ni.. memang aku salute la indonesian writers.. waduh2..hanya sestera kamu aja..yang lain..ni komen ya. huhu..

Ni buku yang aku tgh baca skang.. LASYKAR PELANGI karya ANDRE HIRATA. terlalu unik.. andrea berjaya menghasilkan sebuah descriptive writing yang terlalu precise and complete. almost complete. he tells every little inch of life.. you will never realize that you are actually reading a book. it is so fascinating and great! what's more this is his seconD book that i read and i am so amazed by his talent.


aku coretkan sedikit isi yang andrea telah garapkan dengan bagus sekali.

"orang cerdas memahami akibat setiap jawapan dan menemui di sebalik sebuah jawapan tersembunyi kepada beberapa pertanyaan baru. pertanyan baru tersebut memiliki pasangan sejumlah jawapan yang kembali akan membawa pertanyaan baru dalam deretan yang bersifat eksponen. sehingga mereka benar-benar cerdas kebenyakan rendah diri, sebab mereka bimbang pada akibat sebuah jawapan. "

siapalah aku padamu..

Entry ini tidak akan ditujukan kepada sesiapa pun..tapi aku teringin nak tujukan bom nuklear yang bisa membinasakan keturunanmu seantero alam.. huhu.. payah..susah..perit jiwa raga aku nak melontarkan bom tu sebab bingung..bingung..salah siapa sebenarnya? aku kah? kesian..kesiankah? pada siapa? yg terluka atau yg melukai. tapi persoalannya siapa yang bahagia dan siapa yang menderita? aku?kau? dia? mereka? damn! mintak ampun kat mak..sebab aku tak penah maki hamun org tp semalam aku dah terbuat.. yang penting..janganlah kau tunjukkan kebahagian kau.. sebab.. AKU TAK HERANPUN!'

ish..apo cito ni? cito dia, aku telah diberi suprise yang surprise la..kad kawin.. kad kawin yang tujuan dia beserta ngn niat nak mbalas dendam.. MUNGKIN..

Astarafirullah al azim..
Tidaklah baik ke atas kamu untuk mencela masjid yang bakal dibina..

Tuesday, November 3, 2009

HARI PERTAMA EXAM..


HUH! Abis dah satu paper! ada lagi dua tapi esok dah cau balik kedah! hoooyee!!
Next week start keja..bleh ka aku jadi lecturer ni..adoi..cuak a..tapi yang penting.. jauhkan $%$ism di tempat keja. tau dak jauhkan apa?haaa..rahsia kerajaan tu. huhu.. yang penting, aku nak beli pinggan kat mam sebab raya ari tu dah pecahkan sejibik.. huhu.. oo..ari ni budak yg slalu buat facial aku cakap nak kawin. %$^&^! baru umur 17 kot dah bleh kawin.. tapi mmg bagus la dia kawin awai pun. lain org lain hal nya

Sunday, November 1, 2009

EXAM..MY LATEST BF

Susah la jadi orang tak pandai ni..sebab ada gaya org pandai..dah nyusahkan diri sendiri ja..

APA YANG LU BEBEL NI????

LU PIKIR LA SENDILI!!

Huahahahah!!!!

Harap maaf. Penulisan hari ini tergendala kerana crew blog sedang mencari seorang pesakit yg ting tong yg terlepas di kawasan blog. Kepada sesiapa yg terbaca penulisannya, harap dapat copy and paste ayat dia. sekian terima kasih.

Wednesday, October 28, 2009

KERANA TERLALU BUSAN..
cantik tak? hanya itu yg dapat aku tanya. huhu... takut riak plak atas kekreatifan diri. keh..keh..keh.. *&$#@..awat tetiba ada line ni..ish!



HARI INI DAN ESOK..TAK ADA KESUDAHANNYA

aku ada sowang member
nama dia liana
tercari-cari aku di mana dia sekarang
mungkin tengah berbahagia
kerana tidak ku dengar khabar beritanya
di mana dia sekarang
sedih
aduh
nasib apa ini
tercari-cari dimana sahabatku ini
ha!
sudah kutemui
di sebelahku rupanya
haha!
tension aku
rupanya tengah berteleku menyiapkan assignment
sambil disimbahi halwa telinga
lagu keroncong gamaknya
patut la aku paggil tak jawab!

Thursday, October 22, 2009

kegembiraan kami pada tengah hari itu..

Di kala mentari menantikan bulan tiba..

ketika kesabarannya berada di perbatasan..

ketika cahayanya menyinari alam seikhlas yg mungkin..

Kau telah memberi kesempatan kepada kami menikmati hidup yg telah Kau berikan..


dah macam wizard of ox dah..haha!
CONVOCATION 2009
CONGRATS TO ALL MY FRENS AND ME.. huhuhu..













At last... dapat gak degree..
tapi..apa significantnya convo?
untuk menunjukkan yang kita dah berjaya? berjaya?
apa definisi berjaya? berjaya abis stadi?

atau berjaya selepas abis stadi?
mm..beribu cerita terjadi di kala menanti giliran ke pentas.. pelbagai benda yg aku pikir..
pelik..apa makna hari convo pada kita?
nak malawa kah? nak tunjuk kita dapat pointer berapa ka? atau nak lari dari kawan2 bertanya kan; "dah keja? keja mana? buat apa skang?"
pelik..kadang2 nak berhadapan hari convo payah sungguh..

aku?
lain sangat.. kawan2 bercerita tentang kehidupan masing2.. "beg aku gucci.. eh..kasut marie claire? bukan la..clark la.. gaji kat tempat mu ok? ala..aku keja biasa ja" macam2 la perbualan aku dgr..
tp aku.. dok memikirkan assignment yg nak kena submit esok.. aduh!

apa makna convo tuk aku?
atau apa makna convo utk kamu semua yg menganggur? dush! soalan yg beRat..bukan utk kamu jawab..tapi tuk parents kamu..( apa ayat sopan ni..huu..)..satu sketsa berlaku di dewan.. kala anaknya menerima ijazah dr rector.. "buat apa nak convo2, keja pun tak da..huh!".. lantas si bapalah org pertama yg kaluar dari dewan.

jadi apa makna sebenarnya kalau dah abis blajar pun..
tepuk dada..tanya lah keadaan dirimu sekarang.. dapatkah kau berbangga dgn dirimu sekarang..

aku?
aku bebangga..sekurang2 nya orang tua ku tak merasa lagi perasaan kecewa..

aku?
mungkin rasa kekurangan..sebab tak bleh sampuk member sembang.
haha! tak perlu itu semua..
hati orang tua yg paling penting..
convo aku yg ke-2 nanti..biarlah keadaannya adalah di bawah rahmat Yang Maha Esa..



Sunday, August 23, 2009

Ramadhan Karim

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN KARIM




Ramadhan is here. It will be a great oppurtunity for muslim to do good deeds and charity. It is also the time for us to purify our soul and mind. Fasting during Ramadhan will never be a burden. Instead it is a blessful month that Allah has created for His ummah.




Sometimes miracle can happen during this period of fasting month. Who knows, in this month the effect of N1H1 will decreasing. let us pray for Allah to forgive all of our sins which have made Him angry and sent his WARNING through the disaster like N1H1.




Never drive yourself from Him. He is the only one that will help us to get out from the misery.




Wallah Hua'lam.

Wednesday, August 19, 2009

MY ROOM


JENG..JENG..JENG...ha! setelah sekian lama aku menetap di kota raya yang serabut ni..nilah dia tempat aku mengabiskan masa aku..



aku gila frame... agak la, sebab murah. keh keh keh..


dari jauh nampak agak kemas..cuba tgk dekat2..huhu


lupa nak tarik cadar masa snap gmbr ni..huhu


tempat aku menyengkang mata..tgk tv lcd. ceh! berangan nak mampus!

Monday, August 10, 2009

PONDER

JUST PONDER THE THINGS AROUND YOU..WHAT ALLAH HAS CREATED FOR YOU..THERE ARE SO MANY THINGS THAT WE HAVE NEVER ..GIVEN ATTENTION, OR EVEN A GLANCE..PONDER..PONDER.OF EVERYTHING..AND YOU WILL FIND THE COMFORT WITHIN..

Thursday, August 6, 2009

WHY LOVE?

Actually i am so weird, afraid of love, but always find words of love.. jeeezzzz..very weird i guess. ok , i used to collect quotations or song's lyric that are cool and romantic..but i guess it is just because i can't get it from anyone. huhu...KESIAN!

JUST FEEL ALL THE EMOTIONS..AND U'LL FIND THAT THERE IS LOVE

Gently closing two eyes
Anytime thought appear
Ever once thought of forgetting
The song that summons you to me
Do you remember?
The time we spent together
The time where there was happiness
I only can wait for you
I could say anything
Staring at your falling tears
Only can love
Comparing to forgetting, to me pain is so much easier
Can u come back to my side?
I can only let u leave me slowly
I’m standing at that place again
Looking at you slowly distance away
Tears start to fall lightly
Such a cold season
Come again once more
I can only wait for u


From a song ,DO RE MI FA SO LA SI DO's korean drama

From thailand's drama; Hua jai chocolate

ONE THING THAT CHOCOLATE AND LOVE IS THE SAME IS THAT
WHEN WE EAT IT
WE’RE NOT SURE WHETHER IT’S SWEET OR BITTER
Langkah pertama cinta ialah persahabatan
Dan langkah terakhir persahabatn juga
Di pertengahan sahaja yang tinggal

Wednesday, August 5, 2009

DI KALA KEBUSANAN

busan sungguh rasanya hidup beta kini..sunyi..tiada apa yang dapat menggumbirakan hati beta..dimanakah segala kegembiraan itu hilang? kemana? beta tidak dapat mengerti..sungguh..sungguh beta busan..tidak..beta mungkin sunyi..maafkan beta kiranya kata-kata beta ini akan membuat tuan hamba seantero alam ketawa..kerna itulah beta..pengubat kesunyian orang lain..tapi bukan diri beta sendiri..

Wednesday, July 29, 2009

INTERESTING WAYS TO LEARN ENGLISH

FOR ALL EDUCATOR,
just wanna share some interesting teaching methods in teaching english. teachers may fing that these methods can attract your students interest in learning the language.




TRIBUTE TO YASMIN AHMAD

A star has gone

leaving behind her unique work to be remembered.

A star has left

a light among the lights.

Though it is not upon us to judge the star
for her contribution to some of us.
But may Allah gives his bless to her
For only Him who knows better.


It's a big shock when yasmin already gone from the industry. there will be no more unique colours to be produced. once i had given a critic upon her works. but here is some tribute that i would like to dedicate for a start like her.

Thursday, July 23, 2009

TO MY DEAR NANA,

ni jadual harian aku. hang sebagai PA aku silalah susun jadual tuk kita..hehehe...


SEMESTER 1

LECTURES : 13/7/09 – 13/9/09

‘EID UL FITR BREAK : 14/9/09 – 27/9/09

LECTURES : 28/9/09 – 1/11/09

EXAM : 4/11/09 – 19/11/09


Cuti raya aku lama..+ ari aku tak da kelas dalam 20 ari kot.. best2..bleh lepak..jgn aku kena lepak ngn assignment dah lerr

Monday, July 20, 2009

POS YG TAK KESAMPAIAN..

Smalam aku tak bleh tidoq..skang ni aku memang tak bleh tidoq..susah sngt nak tidoq..ntah pasaipa ntah. tp aku still lg dgr bunyi yg agak pelik2..sperti.. BUNYI ORG KETUK PINTU MCM ORG GILA..tiap2 malam.. aku pun tak tau nak takut ka apa..

oh! nanti aku cita satu scary movie yg aku alami..hhhheeeeeee

tp slalu pas azan subuh br aku bleh tidoq..dan tadi aku telah dikejutkan oleh pak cik posmen.. eh? ada ka org pos sampai bilik?

mana ada la ngok! dia tepon aku suh p amik parcel.. mak aku kirim buah dah 4 ari n buah dah busuk+ kotak dah hancur. aku dah agak dah tapi dgn muka toya td aku p amik.. hehe..ntah la buah pa yg bleh makan tadi. aku bg buah setoi sejibik kat pakcik posman..

Sunday, July 19, 2009

poning2...

Ibu kesayangan gua tepon tadi..diberitahunya bahawasanya di teratak hamba telah sampai 2 perutusan. 1 dari pihak UITM yg mngatakan hamba telah diterima tuk berkhidmat demi negara di situ.. tapi hamba terpaksa menolak lah.. dan lagi satu perutusan mengambil preksa tuk PTD.. hamba tak tau lg nak p ka dak.. dan hamba kata, malas nak p..huhu

tiba2 hp hamba bebunyi ..tut tut tut.. bukan org tepon, msg saja.. drpd adik yg dok bersukaria di rumah.. msgnya berbunyi lebih kurang beginilah

" wei kakak, awat hang bongok sngt..p la exam tu, kot2 dapat gaji bnyk"

wei! aku bongok lagi ka..blajaq samapi master kot..baru start seminggu kelas. keh keh keh!

nanti la wa pikirkan..ada 2 minggu g.. susah la wei exam tuh.. kalau ada cabel elektrik senang la..

Friday, July 17, 2009

BODEK

TAU TAK SAPA KAKI BODEK?
KAKI BODEK = STUDENT
keh keh keh..
memang betul pun. student memang suka sngt jadi kaki bodek. ini disebabkan oleh fenomena "anak murid kegemaran cikgu" yang still exists till now.
apa barang jadi fav cikgu.. aku paling benci bebudak yg jadi fav cikgu nih..
huuu..dengkila tu hang tak jadi mcm depa kan..haha!
boleh blah! hahaha!
aku bukan pa..cuba bayangkan perasaan student len yg asyik melihat ja dari jauh sambil berkata.."bila la cikgu ni nak suka aku/ bila la cikgu ni nak tau ke existance aku?" huu..
kesian weiii..jadi masa aku jd cikgu dulu tak da la sngt aku ada fav student. kalau yg pandai2 tu aku buat biasa ja la.. yang kurang minat blajar tu yg aku bg perhatian.
ya la..memang dah jd kebiasaan bila budak pandai slalu cikgu suka...
tp cikgu sekolah rendah aku best, dia tak da la sngt nak menunjuk2 fav student dia..tp..budak pandai sah2 la ..hhuhu
ahhh! sebenarnya aku punya hisrtory di masa lampau.
ada la skali tu cikgu kelas aku ni janji..sapa yang dapat peningkatan markah paling bnyk saya bg something...
maka dengan tak disangkanya paper aku time ti naik 40 marks..yang mana slama ni aku dapat merah ja.ish..ish..ish..
tp aku penuh keciwa..antara nama budak2 yg disebut dan dpuji nama aku tak da..huhuu.. apala cikgu ni. DISKRIMINASI! da la aku meluat subjek tu. haha!
maka kejelekan aku terhadap fenomena "fav student" ni berlarutan sampai skang.. dan aku paling tak suka nak membodek lecturer..tak pun nak rapat2 ngn lec ka..yang penting aku pass.. maka skang menjadi salah satu masalah kepada aku kerana kelas aku skang ni ada dalam 10 org saja. dan paling busannya, ada plak lecturer yg suka ada "fav student" ni. Dengan kata lain budak kelas tu kena pandai bodek and mencapak (betul ka pekataan ni)..
ahh!! aku memang tak suka bila aku dikenali lec..it will become a burden lorrr...
BAGI PAS SUDAH..NAK BODEK2 PLAK..LECEH LAH!
astarafirullah al-azim...ngumpat ni...

Tuesday, July 14, 2009

ATASHINCHI NO DANSHI

Skang aku dok tgh tgk citer jepun @ jepang. ooo..best..best sngt2! tapi biasa la citer adaptasi komik kan.. memang tak make sense la. huhu..
ATASHINCHI NO DANSHI
Mengisahkan ponpuan yg kat tengah tu terpaksa kawin after dia diselamatkan dari dikerjakan oleh along. and she has to marry her saver for one month as he will die in a month lorr.. and pas tu dia kena jadi mak kepada anak2 angkat laki tu..lawak..memang lawak la..

tapi tetiba aku rindu kat SUPER JUNIOR LA... ala...awat la wireless tak da ni kat bilik aku.. busan maa...

Monday, July 13, 2009

MY DREAMMMMMM ROOMM


NAK TGK BILIK BR AKU?MEH KITA BUAT SPOT CHECK! ceh! ingat ada bawa menda haram kat sini.. huhu
AL-KISAH BERMULA MASA MULA DAPAT KUNCI..
ya allah, penatnya nak jalan..jauh nak mampus ni nak ulang alik g kelas..
TINGKAT 4

uishhhh...akhirnya sampai gak kat bilik..cepat2 buka pintu.. kreekk......



"oh hoooo!!! besaq gila bilik..cam hotel ni! " kata budah bilik sebelah aku..huhu..tp memang luas.. ok la tuk private room. yg pintu tu pintu balkoni bilik aku. tak sempat nak snap gmbr balkoni sebab batery dah koooongggg..


ni pemandangan dari bawah..ok laaa..ijau lagi




ha! ni bilik aku.. elok g la sebab first hand owner.. lagi 3 4 thn tak tau la jd pe ni. huhu

DAN BERMULA LA AKTIVITI MERENOVATE BILIK..TP ONGKOS PUN DAH BEKURANG LA GAK.. JUST TOUCH UP SKIT2 JA.. SEBAB AKU NAK BILIK AKU CAM YG KAT BAWAH NI.. bilik sapa ntah ni..jeles gua. huhu.


Sunday, July 12, 2009

ISHH...aku rasa pelik plak dok buat entry blog kat cc..tak private betul la..ramai plak malam ni.. leceh..leceh aku dok kolej yang susah nak dapat tenet. yg memfrustkan aku lg bilamana bilik sebelah aku dapat line, tp bilik aku tak dapat langsung. hampas kelapa!

satu ari aku tgk citer korea, jepun dan industan..gila..bleh wat master dalam movie watching. hahahaha!aku tak dapat teruskan menaip sebab rasa bnyk mata memandang. ceh! perah santan !

p/s; to rara, sedara blog aku..tgu kemerepekan

Monday, July 6, 2009

SALAM SEJAHTERA BUAT PENGHUNI BLOG!!!

HOLLLAAA!!!! kepada semua pembaca yang baca ke tak blog aku ni..dan kepada semua ciptaan-NYA.. kabare?
hehe..kemerepekan telah berlaku disebabkan oleh kebusanan yang terlampau extreme buat masa skang.. aku dah masuk hostel baru. hostel yang agak baru siap la. bilik aku duduk ni akula first owner. memang best la sebab belum ada g kesan tampal2 kat dinding..

dan skang keja aku ialah dok buat extreme room make over.. tp blum siap g sebab ongkos tak da. keh..keh..kleh..

kelmarin UITM kedah tepon..HOYEEE!!! i got the job.. unfortunately kenala tolak. sebab aku di perantauan sudah.. huhu..takpa..rezeki org lain..mungkin rezki aku lambat g.

i applied for part time tutor kat UIA. tak tau la dapar ke tak sebab aku kena smash teruk gak ngn panel..sebab writing aku ada salah grammar. keh keh keh..cam mano nal lepas master ni..

tap apa2 pun ...

CAIYO! GAMBATE! AJA AJA FIGHTING!

Thursday, June 25, 2009

GHOST..




HARI SELASA

"tut..tut.tut.."
"hello..kakak.malam ni tgk cita jgn pandang blankang.."

HARI KHAMIS

"tut..tut..tut.."
"hello..kakak..sat g jgn lupa tgk keliwon"

HARI SABTU

"tut..tut..tut.."
"kakak...cepat..ceplos dah nak start!"

okkkk...panggilan tepon seperti kat atas la yang aku dok dapat sepanjang minggu ni dari girlfren aku @ adik aku, adilah..

SPIDER WEB..SPIDER WEB..HOW ARE YOU?




WAH..WAH..WAH... blog aku dah memang bersarang gila ni..ish..kalau org mai umah bnyk sarang ni memang cau dah.. jom lah kita sama2 mencuci umah gua yg dah didiami oleh sang labah2 dari serata pelusuk alam.

.


Friday, June 19, 2009

AKU SUKA PERABIH DUIT..



HARI NIH AKU BUSAN.. tgk la apa yg aku buat bila aku busan..

SEBELUM

SELEPAS

REGISTER MASTER

semua org pakai mask..mcm zoro ja aku tgk..
maka melangkahlah aku dengan jantung yg bedebaq2 menuju ke uia..tapi perjalanan itu sungguh memenatkan sebab kena heret beg berat naik komuter pastu nek lrt dari shah alam ke uia. sampai ja kat lrt terpaksa lor nek teksi sebab aku dah lambat. skali duit pecah tak da, ada notes 50 ja.. ceh cam kaya ja.. sampai kat uia..hulur 50 kat drebar..of course la tak da change..aku pun kata..

"pakcik..pakcik bg ja la brapa yg pakcik ada..yg lebih saya halalkan.."

tak pala..mana tau berkat blajar.. sampai2 ja kat tempat regist tu....hampeh! rupa2nya just medical check up..tu pun check borang ja. dalam hati aku..."@$#%$#%@#"..huuh... hostel pun tal dapat..penat yg dapat.....

ACCIDENT ITU MENGEJUTKAN

aku telah tiba di daerah yg telah mengajar aku erti kehidupan..liku2 hidup yg kadang2 akan buat kita alpa..cisss!! belum tiba tuk aku berfalsafah lagii..


pendek kata aku dah sampai la ke tempat aku menuntut ilmu pada tangall.....lupa sudah. tapi kedatangan aku telah disambut dengan beberapa incident accident la..yang paling dahsyat accident cousin aku..pergh..kalau hampa tgk memang geram la. kuang ajaq betul drebar tu. ni kes LANGGAQ LARI la.. KETA KANCIL ngn LORI CARLSBERG. wei! cousin aku bw keta la.. aku malas nak citer panjang. pendek kata..alhamdullillah tak da yg cedera.. keta kemek skit la..

tapi incident ni dah membuatkan aku gabra + ketaq + takut dam mcm2 lg la tuk drive kat kl ni.. uish..kalau nak cilok memang kena brani la kat jalan raya tu..

A NEW LIFE HAS BEGUN.....

HAHAHAHAHA! marilah kita gelak sama2 atas kebodohan yang telah aku laluiii..dan juga marilah kita mengambil pengajaran atas kejadian yang telah aku tempuhi.. intro tuk membnyakkan post tuk seminggu yg telah aku tinggalkan. kehkekeh..

ooo...aku letak citer aku kat entry asing2la..kang berserabut plak mcm seserabutnya kepala otak aku buat masa la ni...

Monday, June 15, 2009

MASTER
MASTER
MASTER
MASTER
MACAM MANA NI!!!!!!
Blog ni bakal bersarang labah-labah utuk sminggu

Tuesday, June 9, 2009

STEREOTYPE ORG MELAYU

Hari ni tak ada apa2 yg menarik berlaku..ujan? tak ujan..panas? agak terik.. tetiba aku rasa nak komen apa yang terjadi kat dunia melayu skang ni..mmm...

Aku ada p satu interview kat satu u ni (nama dirahsiakan, takut kena saman). kehkehkeh! maka..soalan biasa yg dia tanya.."apa yg u tau pasai u ni".
maka aku pun jawab.."100% for malays". (oit..jgn teka u mana. salah berdosa. huhu..)

panel tu kata.. "so 100% for malay. awak rasa kenapa?"
i said, "to helps the malay"

"so kalau tak da u mcm ni malay tak dapat dibantu?"

"tak la..maksud saya sabagai jalan or alternative for the malays tuk berjaya"( ada isi tersirat di situ...)

" ok..org kat luar kata students kat sini tak competative sebab tak da races lain kat sini. betul ke?"
dalam hati aku;mana lah aku tau, aku bukan blajo kat cini.."saya tak sure la sebab saya tak blajar kat sini. mungkin tu stereotype yang diturunkan sejak berzaman tentang students kat sini kot." sebenarnya aku tak jawab soalan sebab aku rasa komen yg akan aku bg akan mencabar pihak u tersbut. kekeke!"

"u rasa bagus ada races lain. budak melayu bleh berjaya kalau ada kaum lain?"
Bnyk gila soalan mencabar ni..maka aku jawab.."kat tempat saya blajar ada semua bangsa dan kaum..tp anak2 melayu semua rajin2..mungkin ya..cuma kalau ada chinese and indian depa ada gak dapat markah paling tinggi.."

sebenarnya aku tak dapat nak jawab sngt soalan panel tu. ini disebabkan...quality students universiti tersebut tak sama ngn u lain..ya la..u ni budak tak abis blajar kat tempat lain pun leh masuk. spm tak bagus pun bleh masuk. nak masuk plak tak payah nak dapat result gempak2, pastu tak payah nak compete ngn sapa. masuk2 ja semua dah tersedia.. kira students kat situ memang SELESA GILA la.tu yg jadi malas. pastu kalau sebut ja budak dari u ni memang ada tanggapan negative la. budak2 kat u ni pun yg g nak betul2 blajar pun bukan semua. nak berseronok ja lebih2.. aku malas la nak cakap mcm tu kat panel tu kang kena palangkung plak. huhu..

sebenarnya kalau ada races lain pun bagus gak. ada gak competition. competition ni bagus tuk kita berusaha.. kalau tak jadi leka la.. students chinese slalu outstanding, so kalau tgk depa dapat high marks kita pun kena berusaha gila2 la. tp bebudak kat u ni plak..dapat result pun sama rata ja..so memang tak ada kesedaran diri la..


aku ada kata kat panel yg inteview aku tu, chinese pandai berniga..depa ada kelebihan kat situ..suddenly they jeggil kat aku sampai nak tekeluar biji mata. salah ka apa yg aku kata?tapi tu la..dalam senarai 10 org terkaya kat malaysia, ada sorangja melayu...cam mano tu?

The top 10 richest in Malaysia are:

1) Robert Kuok; US$9 billion

2) Ananda Krishnan; US$7 billion

3) Lee Shin Cheng; US$3.2 billion

4) Lee Kim Hua; US$2.5 billion

5) Teh Hong Piow; US$2.4 billion

6) Quek Leng Chan; US$2.3 billion

7) Yeoh Tiong Lay; US$1.8 billion

8) Syed Mokhtar AlBukhary; US$1.1 billion

9) Tiong Hiew King; US$1 billion
10) Vincent Tan; US$750 million

Sunday, June 7, 2009



Andai ku tahu,
Kapan tiba ajalku,
Ku akan memohon,
Tuhan tolong panjangkan umurku,

Andai ku tahu,
Kapan tiba masaku,
Ku akan memohon,
Tuhan jangan kau ambil nyawaku,

Aku takut,
Akan semua dosa-dosaku,
Aku takut,
Dosa yang terus membayangi ku.

Andai ku tahu,
Malaikat mukan menjemputku,
Izinkan aku,
Mengucap kata taubat pada mu.

Aku takut,
Akan semua dosa-dosaku,
Aku takut,
Dosa yang terus membayangi ku.

Ampuni aku,
Dari segala dosa-dosaku,
Ampuni aku,
Menangisku bertobat padamu.

Aku manusia,
Yang takut neraka,
Namun aku juga,
Tak pantas di surga.....


Andai ku tahu,
Kapan tiba ajalku,
Izinkan aku,
Mengucap kata taubat padamu.

Aku takut,
Akan semua dosa-dosaku,
Aku takut,
Dosa yang terus membayangi ku.

Ampuni aku,
Dari segala dosa-dosaku,
Ampuni aku,
Menangisku bertobat padamu.

Saturday, June 6, 2009

AKU TGK TV ATAU TV TGK AKU?

aku baru pas tgk cerekarama tajuk ABAM lakonan ZAHIRIL ADZIM sebagai abam. best gak cita malam ni. ada la gak pengajarannya. aku bukan apa, sebenaqnya aku suka kalau zahiril ni belakon. dia ni cam ada aura skit..muka dia tu...cam kesian ja. kalau belakon kena buli memang jadi la. kalau dia belakon tu memang macam real la.. aku ni tak suka la tgk cita kalau pelakon tu nampak sngt macam belakon. tp mamat ni memang kalau nangis nampak cam real la gak..meleleh air mata ngn hingus tu. hahahaha! tapi dalam cita ni byk plak bersajak ngn ayat2 puitis. dia ni memang kaki sajak ni..

bleh dak nak mintak autograf dalam blog? haha!

AKU DULU-DULU

Dalam dok lepak petang2 tadi, tingat plak aku zaman kanak2 aku dulu.. aku ni tak ramai kawan..kawan kat sekolah ja la..kalau time sek ren dulu, tv la member kamcing aku (walaupun aku curi2 tgk tv). huhu..biasala bulak-bulak kicik mana buleh tgk tv, baca buku maaaaaa..

So dulu aku ada la citer tv fav aku..antaranya...

LAGENDA ANAK-ANAK SIDEQ.




pergh.citer ni dalam tahun 96 kot.. memang best la katoon ni. pasai famly sidek, yg main badminton tu la. asalnya dari komik. aku slalu la beli komik ni. ada la cita pasai anak2 sideq cam bun, ajib, alan aman dan adul yg slalu kena buli... huhu..depa ni kalau kena hukum kena sumbat dalam kandang ayam...betul kot. aku dah lupa la..komik semua dah ilang. cari koleksi citer yg tv pun tak jumpa2. ada yg iklan komik ja.. tp memang kelakar abis la..

CHINESE DRAMA




Ohhh...aku dulu memang gila tgk cita cina tiap2 petang. ingat g masa tu ada cita tajuk INSTINCT kot. cheng ekin belakon. MEMANG BEST GILA LA.. siap hafal lagu lagi..memang minat gila la ngn dia.. pastu dia belakon YOUNG AND DANGEROUS. memang semua series cita tu aku tgk. tp mata tak la sepet2 pun..mmm..

HINDUSTAN



Mannn...ni memang memang tak dapat disangkalkan lagi. aku memang minat tahap tak ingat la cita hindustan. dan fav aku ialah shah rukh khan. first cd yg ujud dalam umah aku ialah KUCH KUCH HOTTA HAI.. kira lagu2 industan ni memang hafal la dalam kapala aku... ( tu lembap blajaq) haha! kalau cita lama.SANGGAM la kan yg dok tgk..

Thursday, June 4, 2009

KE MANA AKU MENGHILANG?

OOOHOOO...minggu ni aku telah berlepas ke kuala lumpur..bukan untuk berpoya-poya tetapi kerana kerja lah..afa fasal aku ke sana? ( speak like p ramlee lah..)..ohhh....kerana kehidupan yang bakal aku tempuhi 2 tahun mendatang ni..sebenarnya..aku.bakal..bergelar....STUDENT..lagiiiii...

.

menda yang aku tak brapa gemor sngt la..belajar..huhuh..acah ja..blajar tu kan IBADAH... kalau buat kita dapat pahala... ha..sebab tu dalam islam mengatakan

Apabila seorang Muslim itu mati, maka terputuslah segala2nya kecuali tiga benda..salah satunya ialah ilmu amalanya di dunia..

tapi

Ilmu tanpa amal ibarat pohon tanpa buah..tidak memberi apa2 manfaat

UISHH...berceramah plak aku tgh2 ari ni..ati jumaat la katakan... jadi mgu ni aku p la UIA, tmpat aku smbg study aku. aku smbg master kat situ. amik TESL by coursework. skali member2 aku ckp kat situ tak da g yg amik coursework sj, semua amik mix mode. cis! aku pun terpaksa la p uia tuk tukar mode aku.. dan berurusan ngn office lah yg aku paling maluat skali.. nak kena menuggu satu hal, pastu kena tendang p sana sini tu memang wajib la. menapak la aku pada ari isnin kat post-grad opis, g amik form changing mode. esoknya aku p nak submit n tnya a few things skali opis tu tutup sebab senua staff p kursus. cis! menyumpah2 la aku dalam hati..spatutnya tinggal la sowang staff ..

eee..maka menapaklah aku ke deparment len tuk tnya signature sapa yg aku kena amik..dan ayat ni lah akan biasa diutarakan kepada insan2 seperti aku.." saya tak tau la, rasa nya bukan kat sini, cuba p kat department tu".. gila la..bengang + bepeluh aku.. yg dok tny soalan bodoh kat aku pun ada gak. konon2 nak buat lawak bodoh la..sib baik tak kena dragon ball punya fire.. huhu..last2 settle la gak.. amboiii..ngumpat sakan noh.. haha!

so lagi seminggu aku dapat idup bujang..pasni kena kawin ngn buku2.haha!




sampai ja kat kl, cik mas dah tgu aku..kami p ronggeng sat ..p kat cm tgk2 ada arnab...



ais kacang dah jadi pulauuu..



sampai umah, terus p shopping cadar..tp ni bukan color piiiinnkk...


dan bermula lah aktiviti mngemas baju..

SYURGA CINTA




vs



SYURGA CINTA......bila aku bc sinopsis citer ni..aku dah agak dah... ni mesti cam sita indonesia KIAMAT SUDAH DEKAT..DEJAVU KA? HAHA! so aku p la tgk cita ni.. memang...lawak nak mampus... citer pasai awal yg nak ngorat heliza sebab dicabar oleh member2 tuk ngorat awek bertudung.. kira ni anak melayu yg lupa daratan nak cari awek cam mat saleh ja la. so they choose heliza yg eventually is his brothers's teacher. maka berlakula adegan2 lawak nak mampus kat cini..

terbahak2 budak2 yg tgk cita ni..termasuklah aku..cita ni jadi lawak sebab si hadziq ngn awal shaari..dua2 org ni memang kalar abislah kalau bersama... just that lakonan heliza agak kau..dia ni cam wardina la..kalau berlakon cam dok tgu arahan ja..huuhuu....maybe sebab first time kot...

tapi basic citer ni memang..memang sejibik cita kiamat sudah dekat..watak2 semua sama ja. ada budak kecik tu to guide to the main actor and also watak heroin.. semua sama la..tp bg aku nilai2 dalam kiamat sudah dekat tu lagi bnyk la.. cita dia ada symbolic value gak. kejahilan seorang muslim tu bnyk lagi la kat dalam citer indonesia ni.. dalam syurga cinta ni..tak bnyk sngt pengisian dia.. tapi ada la gak.. but congrats la to the script writers ni sebab produce cita ni. ya la...dunia filem malaysia la ni dok nak menghancurkan masyarakat ja... .cuma next time biar yg ori laaa...

tapi satu la yang aku meluat skit cita melayu ni.. scene dalam club..budak2 tgh clubing tu benda wajib ka dalam filem melaysia? tuan director tlg la jawab!!!!!

NIGHT AT THE MUSEUM 2



i already watched NIGHT AT THE MUSEUM 2 with a fren.. kelakar la..ben stiller la katakan.. citer dia pasai larry (stiller) yg cuba nak selamatkan artifak museum dari dibuli oleh abg akhemar (betul ka tak aku eja ni) after they have been transferred to the new museum.. kat situ berlakula pergelutan yg lawak2.. huhu..but the thing is..aku rasa citer ni cam pendek plak.. mungkin scene dia kot..dia bnyk short cut from one scene to another.. tp yg the first one tu memang kelakar abis la..terbahak2 aku tgk citer tu dulu.. sebab scene owen wilson ngn ben stiller bnyk. yang second mv ni terbahak2 gak la..tapi tak dahsyat cam dulu.. so kepada sapa2 yg nak tgk citer ni...p la tgk..tak rugi.. tiket aku plak ari tu murah gila..rm6 ja.. pergh.. first time dapat beli tiket murah cam tu kat kl.. kahakah..
sebenarnya g ari biasa memang murah pun..

Saturday, May 30, 2009

AKU..BUKU..MALAS..



MMMM... aku bakal bergelar student kembali..tp malas g la nak cakap bab2 ngaji ni..semangat tak mai g...

REFLECTION AKU..

HAAAA!! PENTING NI. lepas buat apa2 kita kena buat reflection..cam muhasabah diri a gak.. aku bnyk la reflect diri aku pas jadi pendidik sementara ni..uishh..memang bnyk...



1. SKILL DRIVE..
hehe..penting la sebab masalah aku yang berkurun abadnya last2 dah settle.. aku bawa keta la ni kira ok la. walaupun kadang2 terrrrloqlaq gak kat atas jalan. huhu.. dulu masa mula2 drive park keta bukan main jauh dari org lain. tp ari terakhir aku ngajaq, dapatla park dekat2 ng keta org lain..huhu.bukan apa takut la tergeser keta org. mampuih....




mula2 dulu aku park ujung pagaq nu..jauh bukan main. pastu aku la antara org last balik. bukan over time tapi takut sesak. last2 aku plak yg paling awai balik. haha!

2. PITCHING SUARA..
Uishhh..ni memang tak bleh nak disangkalkan lagi..aku la ni suara agak dahsyat gak la bila marah adik2 aku. bukan apa dak terbiasa masa ngajaq buka volume paling tinggi ni..kadang2 dah terover limit dah.. tu yang kalau dallam SKETSA HARI PERTAMA PEPEREKSAAN aku pakai tanda ! bnyk..


3. PASSION DALAM NGAJAR..
aku dak confident la yg aku minat dalam bidang pendidikan ni.. sebab ari2 p sekolah rasa nak ajaq bdak2 bg pandai..tak da la rasa malas sngt..aku pun rajin dok pikir formula ..so..kira ok la kalau jd pendidik.


4. AKU BUKAN CIKGU SEKOLAH..
ni yang pasti la, aku tak bleh jad cikgu sekolah. sebab bebudak tu takkan takut ngn aku..aku jegil mata macam mata ikan pun depa tak heran..tu br sekolah rendah, kalau sekolah menengahh..mmm..bo layan la kot..

ADA APA DI KEBUN?




Famly aku ada sebuah kebun.. ceh! cam ayat nak wat karangan bahasa plak. betul la, aku ada kebun..kebun mak ayah aku. nama kebun ni KEBUN ROJAK (aku yg bg sendiri) sebab bukan tanam satu jenis pokok tapi tanam semua jenis pokok buah - buahan. every weekend my parents go there to berkebun.. mmm..salah grammar.. lantak lah..huhu...

tapi aku ngn adik aku tak berapo gemor g kebun tu sebab tak da menda pun. aku pun bukan rajin sngt nak menanam pokok ni. mak ayah aku ja. adik2 laki aku plak kalau p sana, p mesin umput ja!aku p sana mop lantai umah ja. sebabnya kalau sekali mop bleh kumpul sekilo taik cicak. ada ka sapa2 nak beli baja taik cicak? haha! skang ni musim buah.. ada buah mata kucing..mak aii..aku naik geram bila tgk pokok dia..rasa nak petik ja buah. tp mak aku kata.. bukan ada isi lagiii...

ada g la buah lain. tp tak tau aku sempat makan ka dak sebab.....aku nak p sambung stadi..


buah mera.. aku tak tau la nama comersial dia..kedondong kot


pokok mata kucing..tp tak nampak :)p




ni pokok limau..tapi tak penah dapat yg manis lg



ha..ni lah landskap yg tak penah jd landskap. sebab tak da masa nak uruskan..




ni hasil TUAIAN tuk hari ini..setelah penat membanting tulang menangkap gambar..kameraku dijamu dengan buah-buah yang kena peram dulu baru bleh makan.. last2 aku gak yg tak dapat nak rasa.. ada pelam, setoi gergasi and limau kenek. pastu tersesat ulam mak aku..


Friday, May 29, 2009

suju video...

aku dulu masa tgh amik degree suka sngt la tgk video2 suju..pastu ada la STAR KING.. ataupun semua program yg ada SUJU la.. kalau yg lawak tu, terbahak2 aku gelak ngn member aku.. dan member aku yang jd teman sepenonton mesti lah.. cik mas! tp dia minat DBSK gak.. takpa2 aku setia pada yang satu..

SUPER JUNIOR !!!!!






OH YEE!!! i'm a big fan of super junior.. jangan marah lorr..although there arE thoousand of korean cute ensem singers..aku suka suPer junior gak.. cause they are the first i know.. haha!
best fren aku, nana selalu nak menghasut aku suh minat kat group lain..tapi aku tetap sekalkan hati...hanya... SUPER JUNIOR!



aku suka kim hee chul!

Thursday, May 28, 2009

HARI TERAKHIR AKU SEBAGAI GURU.... REFLECTION KUI

hari ni hari last aku jd guru...aku rasa aku tak bleh jadi cikgu la..sebab anak murid aku tak takut kat aku..payah la macam tu.. ada bnyk menda aku nak cita tp ari ni ngnatok teramatlah sngt.. aku letak gambar ja la dulu...



Tuesday, May 26, 2009

APA YG ADA PADA BOTOL ITU?

Botol 2 ni adalah botol yg paling cantik kat umah aku selain botol air mineral atau botol susu. haha!ni antara koleksi perfume kat umah. ni yang ori..bukan yg 10 hinggit tu.. so..pakai skit2 la.. aku tak da la fav certain jenama tp hentam ja yg mana wangi. .



ni memang favourite aku yang terbaru..bau dia..mak aiii..waaaaangiii..











Monday, May 25, 2009

HARI PERTAMA PEPERIKSAAN...


WARNA IJAU DIALOG SEORANG GURU
WARNA BIRU DIALOG ANAK2 MURID..



SKETSA HARI PERTAMA PEPERIKSAAN..


OOOOKKKK!!!!! semua ddk kat tempat masing2! miss tak mau ada buku kat atas meja kamu.


miss..miss..nazri dia buka buku atas meja!

nazri! simpan buku kamu! dah2 mulut diam!

ok! kamu boleh mula jawab skang.

soksetsokset...

din! pasaipa kamu cakap?

miss..dia tak tau nak eja nama dia..dia tanya saya sebab nama kami sama.

ya ampunn....hang ni..nama pun tak tau.. maka aku la yg mngeja..sib baik ngeti tulih..

miss..miss.. ni nak buat macam mana?

la..baca soalan...dia suh kamu baca petikan pastu cari peribadi yg baik ..kamu tulih balik dalam ayat kamu sendiri..

macam mana miiiiiissssssssss...susah...tak tau..

hai kamu nih!cari la perangai yg baiik..adoiii...

tiba2 cikgu bahasa lalu..

kak ana..terang sat kat depa soalan no 3..saya tak tau nak habaq cam mana. sebenaqnya aku takut terhabaq jawapa...huhu

ok ok! kamu baca petikan..pastu cari perangai baik..

tak tau cikguuu!!!!

hai! ni salin apa yang cikgu tulih kat papan itam.

ternganga dan nak tergelak aku..cikgu tu siap bagi ayat mula dan semua jawapan..depa salin ja... haha! punya la tak ngeti... aku pun suh la depa salin..

tiba2... AMIN! pasaipa kamu dok kat situ! ( amin ni paling cakap bnyk dalam kelas n suka kacau kawan2 dia.. tp kalau habaq nak bw p kat cikgu razak teruih nangis.. huhu)

saya tak nampak misss...

tau dak dia dok kat mana? dok bersila kat depan papan itam... adoiii.sib baik guru besaq tak round..

miss..nak eja ikan IKAN macam mana..

lorrrr..tak ngeti eja plak..mampuih macam niii..

aku pun.. i..k...a...n..

missss....miss eja kat dia..mana aci....

mana ada..miss kata kamu nak ikan dak kat air terjun.. huhu.. aku tak berdosaa kerana menipu... haha!

okkk...masa dah tamat...

wani..cepat..tulih ayat last..

aiseyyy.....awat tak tulih g..

tiba2 najwa nyampuk. dia tak tau eja miss.. najwa ni pandai skit dalam kelas..

laa...najwa eja ssat kat dia..

p..e..t...a..n.. N la bukan M... isshh..padam..n la.. wei! awat bodoh sngt..

haha! aku yang dok tepacak nak kutip kertas pun dah terbahak2 gelak.. adoiii...


semua ni la gelagat budak2 aku kelas last skali tuk preksa BAHASA MELAYU DARJAH 4 ari ni.. memang bukan peksa dah la.. dah macam ngajaq menulih dah.. aku kesian gak kt depa.. mula2 takut gak nak tolong ngeja ka habaq hint ka.last2..lantak la..asalkan depa tak bg ketas kosong.. cam mana la nanti budak2 ni..

Saturday, May 23, 2009

CADAR KU...




OH YEE!!! ari ni aku pasang cadar baru..bukan apa ni la satu2nya cadar warna pilihan aku.. tp tak da la pilihan sngt. walaupun cita2 aku nak dapat bilik colour pink tak tercapai.. tp ok la cadar warna ni pun. mak aku janji dulu kalau aku balik kedah n tak keja kat kl depa nak chat bilik aku warna pink. tp janji tinggal abu... huhu...

KELAS TAMBAHAN TAK JADI...





ari nih aku buat kelas tambahan..bukan cancel , bukan tak jadi..tapi aku ingat ada la dalam 25 or nak mai..rupa2nya....8 org saja. sblm start kelas aku ada la nampak budak ni beli nasi lemak, makan kat playground.. alih2 masa kelas tak nampak batang idung pun... cam mano ni.. bila aku balik aku jumpa dia kat tepi sek dok men beskal sambil dok tesengih2 kat aku. ish budak ni.....memang tak lama ni nak kena sekeh ngn aku..

adoii... aku dah la order mee sebab nak wat jamuan skit..untungla bebudak tu dapat sowang 3 bungkus mee... smalam pun punyalah semangat aku wat nota tuk depa.. ceh! memang la kalau jadi cikgu ni tak leh sngt nak harap 100%, kalau dapat 20% pun alhamdullillah...

tp dalam skit2 yg mai tu ada plak la yg mai bukan nak blajaq tp tidoq..adoiiiii...sakit jiwa aku... tak pa la..last week ni. sebenaqnya aku wat kelas ni sebab nak collect material tuk master aku.. mission uncomplished la ni...

Friday, May 22, 2009

HARI GURU 2009



Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin

Putra putri negara kita

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua

Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta

Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan


HAAAA!!!!! First time rasa macam mana sambut hari guru sebagai seorang guru. not as a student.. hari tu memang la banyak gila cikgu dapat hadiah. aku rasa cikgu sekolah rendah la yang dapat hadiah paling bnyk. ya la.budak2 kecik.. memang la mcm2 nak bg. t kalau sekolah menengah ni kureng skit.. ada cigu tu.. mak oi..bnyk gila hadiah dia.. memang kalah aku la. sebab aku tak bnyk pun..

" jihah dapat brapa hadiah?"tanya sowang cikgu ni.



" skit ja, ada la dalam 10.."aku jawab ngn slamba sebab tak kira pun ada brapa. huhu...





tapi sambutan kat sek aku kureng meriah skit. mm.kalau sek aku dulu best..sek rendah la. aku ingat g cikgu yg aku suka, cikgu rohaya. my class teacher. tp dah lama sngt tak jumpa.. sihat ka tak cikgu aku ni..sebab dia sakit dulu.. mmm.. hari tu gak aku kn buet persembahan. actually all the teacher had to participate. tp berapa kerat ja yg naik pentas. group aku, aku sowang ja. aku bc sajak..dan aku telah membuli anak2 murid aku berlakon. hahaha! mmg bijak kepala otak aku. tp cuak gak masa kat atas pentas.



anak murid dok cari cikgu..nak bg hadiah la... macam buat treasure hunt plak..



the best performance from teachers..
ACI ACI BUKA PINTU..



MUKA TOYA JA....

AKU DI SEKOLAH..

sempena hari2 terakhir aku kat sekolah ni.. aku pun ada la snap gambar tmpt rehat aku..bilik guru.. ni meja sewa tuk sebulan ja.. huuhu.. where by the belongings are not mine..



ni plak buku ringkasan yg aku kena buat. ari2 kena buat lesson plan.. kadang2 aku wat last minute. shhh..jgn bgtau gb. haha! actually cikgu yg aku ganti ni lesson plan dia vogue gila. bila dapat kat aku, abihhhh....punah..huhu.. tak pa.. kira halal la aku tak hias2 nih..



ni plak senjata aku tiap2 kali masuk kelas. hampeh! tak berkesan langsung. kelapang! kelapang! aku ketuk rotan ni... bdk2 tu buat pekak badak ja.. tp mgulepas aku dah start cubit.. pelan ja la..mampus kalau lekat bekas..



Wednesday, May 20, 2009

KEDAH tak sama mcm KL!

ari ni aku tak tau plak nak ajaq budak2 tu apa. last2 aku bg spelling ngn test. tp ada present la tuk yang dapat markah bnyk. kelas no 2 aku bg spelling. adoii...yang eja jauh tersimpang tu mmg ramai la kan. yg jadi pekataan lain terus pun ada. yg kelas no 1 aku bg grammar test. masyaallahhhhhh..dahsyat sungguh anak didik aku yg aku kenai sebulan ni. is dgn are duduk sebelah2 dalam ayat. poniang aku dibuetnyo... tp tgh try la nak ajaq bg paham.




maka td aku pun singgah kat tesco sebab nak beli hadiah. esok ada g spelling tk klas no 3. skali road block bnyk gila. yang dok tunggu ngn batang paip nak tibai pun bnyk gak. perghh...aku tgk polis ni cuak semacam skit.




ni demo gosok gigi..yg dua org ni tak bw berus gigi, dok melangut la ngn aku..

tp tension pun ada gak. masa nak balik dr tesco ikut blakang keta kelisa ni. bw keta punya la pelan mamat ni. awek ada kat sebelah la kan. bw tak samapi 50. org balik keja nak cepat sampai umah, depa dok makan angin, dok honeymoon atas jalan. keta cam lawa ja, bukan keta cabuk. alih2 aku tgk ...patutla bw lembap nak mampus macam apa g, dok bermesra2 dalam keta rupanya. bleh plak dok mnyendeng2 sambil bw keta. kepala drebar tu dak bkn kat tmpt drebar dah, dah kat tmpt penumpang. aku bukan skodeng la..dah ikut blakang depa. nak potong tak leh sebab ada lori kat sebelah.. rasa macam nak hon ja.

HAMPA INGAT NI KL KA! kalau kat kl tak pa la siang2 nak buat $%^$%$ dalam keta. org tak heran. dah namanya kl, tmpt setan bnyk.. macam mana la kl tu bleh jd pusat kebudayaan islam. aku rasa baik by gelaran tu kt pendalaman pun bagus. mana islamnya pun tak tau. kalau setakat masjid besaq, ada muzium..tp yang merempit, menghisap dan mcm2 lagi budaya tu lagi bnyk dari budaya islam..tak payah laaa...buat malu ja..

beralih kepada kelisa putih ni, aku ni bukan apa. bukan nak suh hipokrit. tp kena hormat la tempat yg kita pijak. kn tau la environment tu cam mana. kedah ni tak da la moden sampai bleh terima hang nak peluk cium in public. balik umah la. kalau dak kawin pun, tak payah la buat cam tu. tp aku rasa ni tak kawin ni, tu yg gedik semacam ja.. haiii...mau ja aku hon masa aku potong keta tu. rasa ja..tak buat pun. haha! aku pun bukan baik sngt. tp HORMAT JA LA!

pergh...dosa ngumpat ni. free ja depa dapat pahala... huuhuhu...

Thursday, May 14, 2009

ANAK-ANAK DIDIK AKU YG AKU TAK LARAT NAK DIDIK..










INTERVIEW UITM

"miss..miss.. miss nak hadiah pa? miss nak hadiah dak?"

tu lah soalan2 yg sku dok dengar ari ni. sat g aku mintak baju ka beg ka jenuh nak cr kot. huahua! tp yg syoknya adik aku ni adilah,

"kakak, nanti hadiah kakak adik amik semua tau. yang mana anak murid kakak bg, nanti bg kat adik" .

amboiiiiiii....bnyk cekadak plak budak ni..


AHAD 10.5.09

aku ada interview kat uitm ari tu. kat merbok. jauh gak. dekat sejam lebih kot drive. tp bapak nana yang drive. kira cepat gak a sampai. interview kul 2. tp hampeh! aku last skali pastu kul 5.30 baru giliran aku. daripada makeup cun2, samapi jadi muka toya la.. menguap tu tak payah kira la..nguah..nguah.. dah la tu, bengan pun ada gak la. kat dalam surat tu dia tulis " sediakan satu syarahan pendek beserta satu tajuk". aku ingat syarahan pendek tu public speaking la. skali mock teaching rupa nya. ceh! len kali buat la surat dalam bi. . sebenarnya jarang dah dgr vocab melayu. ya la. kat uia mana ada sebut syarahan2 ni. lecture ada la. uish!!! dahsyat2. cakap omputih ja noh. tp tula, bebudak yg keja kat situ ja yg ready ngn power point. og luar semua dok hapai text. termasuk aku. tp bila masuk inteview yg budak lain ada gak power point. kebetulan depa bawa sebab depa semua lecturer. kecuali aku.. huahuhahua! aku hentak buat burger aku. tp alhamdulillah dapat p secong interview. sebenarnya sebab aku sowang ja tak da keja tetap. sian..sian..

ISNIN

rasa malas plak nak p sekolah. pagi ada meeting tuk ari guru. semua kena buat persembahan. group aku , aku lorrr yg kena. biasala paling muda.. yeiks! aku baca sajak kat belakang pentas, pastu suh bebudak belakon. haha! senang! tp ari tu aku bengang paGi tu sebab ingat tak dapat p second interview. ya la ingat dekat ka nak p uitm tu. jauh nak mampus. maka, anak murid aku la jd mangsa. ramai la kena bediri atas krusi pagi tu sebab bising. ada budak ni memang buas gila dalam kelas. loyar buruk tu memang la kan............tap bila aku suh bediri atas kerusi.. muka mcm nak nagis. budak lain tak heran kena bediri. tp mamat ni, sampai tunduk2. aku jd kesian plak. tp biaq la.

SELASA

PONTENG SEKOLAH!
idak ler malaih g sekolah tapi aku dapat p second interview. p ngn nana tp aku drive kali ni. mak ai jalan..cam ular.. aku dah cuak dak bila naik bukit and jalan pun bengkang bengkok. bukan apa, bawa anak org ni tak leh a bawa loqlaq sngt. sampai uitm kul 8. puh! kul 12 br turn aku interview. org last plak tu.. adoi.. malang sungguh. masuk interview plak dok tanya pasai org mlayu and suh aku komen pasai bdk uitm yg malas nak compete. mana la aku tau, aku bukan ngaji kat situ. nak ja aku jawab sebab bebudak situ yang #$#%^ punya. masuk situ pun senang. situ sapa2 pun leh masuk. tak yah nak bersaing ka dapat result elok ka. tp kalau medic lain la. kalau yg lain tu.. mmm..yg tak lepas p u lain la. tu yg malas semacam tu. aku dgr ada satu kos tu sampai setengah dr budak kos tu kena buang. pergh! mantap! kalau uia, sowang dua ja la kos aku kena buang. uitm students, jgn marah noh.. aku pun tak tau environment uitm cam mana.

RABU

"miss..kami dah tau dah miss nak masuk. kami dah cam dah bau perfume miss" . cis bebudak ni! mamng loyar burk betui..

"miss..miss ni mcm penceramah la. masuk kelaih ja bg ceramah" . mana aku tak ceramah, asal bg keja ja tak buat. tak siap. tak bawa buku. aku malaih a nak marah kasaq2, sebab aku pun mcm tu gak dulu. haha! tp aku buat cara lain bg depa buat keja. tak siap pun hantaq gak. pastu aku buat la telinga kera besaq2.

Friday, May 8, 2009

FORMULA TUK ANAK DIDIK

Aku la ni dok tgh pikiq formula, cam mana nak bg anak murid aku bleh jawab exam bi walaupun depa tak paham. bleh ka? bleh2..sebab aku dah test kat kelas last skali. ada yg bleh jawab. tp tu la.. kalau tak practice depa lupa.. mm... tak pa.. ada 2 minggu lagi nak exam. aku pun ada 2 minggu lagi nak berbakti. ceh! semangat plak.. tak salah nak suh bebudak bleh jawab exam walaupun depa tak paham soalan n pekataan tu. sebab ya la, for the sake of getting marks kan. ngaji kat sekolah ni semua exam oriented. bukan sebab lain pun.. semua nak ligan A. pas exam lupa la semua. hai... mentaliti ni tak bleh kita tukaq dah.

INTERVIEW

6 april.. aku tgh drive balik dari meronggeng ngn nana..tiba2 hp aku bebunyi. skali call tuk interview ka polytech-mara. aku jawab la sambil drive, memang tak leh nak tumpu kat driving langsung, bukan excited, tp aku memang tak leh cakap phone sambil drive. huhu...

ari tuh gak aku br balik dr post office, amik surat. surat interview gak. kat uitm kedah. ahad ni.tp mak ait, jauh. tak tau jalan plak tuh. sib baik ada nana. bleh ajak dia teman. aku ni kalau tak tau jalan, sah2 aku sesat. interview ni kena buat bahas pendek. adoiii..ni yang leceh ni. aku dah la cakap pure mat saleh. haha!



Thursday, May 7, 2009

Hari kantin sedunia..

sungguh lama hamba tak update blog ni.. bukan apa.tiap2 kali meniarap nak taip, puk! teruih tidoq. alih2 jaga dah pukui 6. huhu... tu yang dah bersarabg labah2 dah blog ni. petang tadi p intebiu kat polytech-mara. huuhu....jantung aku ..tak da la bedegup kencang. mungkin sebab aku rush dr sek p intebiu.. tp tu la.. dah tak cuak plak. tak dan nak panas pungkuk terus paggil intebiu. aku bantai ja speaking. grammar lintang pukang la. tp bila kena buat mock-teaching, dah macam ngajaq kat kelas plak. kuat gila suara aku.. terlupa sebentar aku dimana. haha! kalau dapat ni bagus gak. amiiiiiinnn...

mat! sapu cepat!

ok ni aku update several things that happened for the pas few days..

mmm.. 30/4/2009:

hari ko-kurikulum kat sekolah aku. atau hari kantin lor.. group aku kena buat nasi lemak, tapi aku balik goreng kacang ngn ikan bilis ja.. mak yg goreng :)p. tapi ni sebenaqnya ari makan besaq tuk budak2 kat sek tu. ya la, bayar 5 atau 10 inggit sowang, mamang makan besaq la. dah tu cikgu siap pancing lagi suh beli. siap tlg koyak kupon g. huhu... memang mantap2 la cikgu2 ari tu dok pancing budak.

oh! aku jumpa x-schoolmate aku ari tuh. menonong ja jalan, tak teguq pun. ceh! ada aku nak tanya pasal skandal dia ka? huhuu.. tp kalau aku jumpa budak sek aku pun aku malas nak teguq. wakahkahkah!

1/5/2009

member aku dari kl mai umah, and also my buddy yg keja kat sini. lepak umah aku sehari. sib baik aku bleh bawa keta. kalau dak, aku kurung dalam umah ja. huhu.. aku nak la bw dia p jalan2. tp kat kedah ni nak p mana pun aku tak tau. sebenaqnya tak tau jalan. sorry la hang silap time mai umah aku. lgpun dia tak sihat. takpa2 pasni aku master area kedah, bleh marayau jauh skit.

3/5/2009

pergh! first time bawa keta dalam ujan lebat. ada adik aku n member aku plak. memang aku dok bismillah seribu kali la.. dah la tuh siap tersalah brenti plak kat traffic. sib baik bleh cover. huu.. time tu nak antaq member aku naik bas. alhamdulillah..semua selamat sampai

apa benda la aku do merepek niiiiiiiiiii

4/5/2009

sekolah!
sekolah!
sekolah!

baru minggu ni aku tak gabra nak mngajaq. kalau tak, dok kalut pikiq nak ajaq apa. bukan apa, ingat senang ka nak ajaq budak2 yg kurang clever ni.. uishh.. bnyk sabaq ni. aku ajaq A, depa bleh plak tambah jadi Z. haaaaa... dah la tu, sora aku pun dah nak jd suara ella. dok tejerit dalam kelas. sebab nak lawan suara bebudak tu. kalau tak..mmmm.. hang cakap sowang2 la.

oh! masa akau dok tgh menulis nota kat papan, tiba2 sorang budak ni mai blakang aku. tau apa dia kata?

"miss, miss,.. nazri kata dia suka kat miss. pastu amir hamzah kata dia tak suka miss"

ceh budak2 ni! ada aku heran. lempang mau? huhuhu.. masuk tv3 plaj nanti.
pastu bleh plak time nak balik, budak kelas aku mai kat meja aku kat bilik guru.

"miss, jom kita main mau?"

adoiiiii.. aku ni macam kanak2 tadika ka yang hampa dok ajak men.. aku rasa aku dah buat segarang yg mampu dah. pf course la tak bleh..

Tuesday, April 28, 2009

so tireddd

i'm going to update the blog on weekends, but its gonna be a very..very..long one. today so tired lorrr..

mat is not here with me, so its quite lonely la.. huhu

Meski hati tak rela
Bila rindu datang lagi untukku
Sampai waktunya aku sendiri
Hidup yang aku tak pasti
Langkahku terhenti
Tak mampu berlari
Saat tangannya digengam engan lepaskan
Aku bernafas tanpa udara
Tangisku tiada air mata
Oh kerana semuanya berlalu
Menghilang dan tak akan kembali
Ku cuba menutup mataku
Bilaku lelah untuk hidup
Namun semuanya berubah di saat engkau hadir Oooooooooooooo....
Kau yang anggun
Kau yang telah membuat aku kembali
Ke jasadku yang telah mati dan kau sinarku
Cahaya yang terang
Untuk perjalanan yang lurus ini
Dunia sementara
Mengejar masa itu pasti
Buat aku
Dan bersyukurku akanNya.
ANGGUN - BAU

Sunday, April 26, 2009

Kena ngorat ngn budak hingusan..

Di suatu pagi pada waktu rehat pukul 10.15 dalam keadaan aku yang lapaq nak mampus...

" miss, miss, nazri kata dia suka kat miss!", berkata seorang budak kelas aku dengan tersengih2 cam kerang baru angkat dari laut.

ceh! ada ka patut budah umoq 10 thn yang dok nak ngorat aku... adoi.. percintaan zaman sekarang memang tak mngenal usia.. wa kahkahkah!

***************************************************************************

demikianlah hari kedua aku jd cikgu yang mana berbeza gila ngn hari pertama aku. ari pertama, cam nak pangsan aku ngn budak2 tu, tp br aku tau. cara nak bg depa dok diam dalam kelaih ialah dgn suh depa salin nota. tapi tak da la diam pun, pas 15 minit dah mcm anak kmbg terlepas dr kandang.. jenuh nak jegil mata.. * *

uish, lama gak tak update blog nih. aku bukan pa, tiba2 jadi semangat nak ngajaq. sebenaqnya takut depa fail lagi sebab aku ngajaq sampai preksa tengah thn. dok perah otak cam mana nak terang subjek bi bg depa paham. hai..kelas no satu pun bukan nya pandai2. 2 3 kerat ja yg bleh. yang lain lg la.. mm.. nak bg keja sek bnyk pun tak guna, bukan buat pun. ada td student aku sowang ni. dah sejam aku suh salin nota kat board, baru satu ayat dia siap. mak ai..memang dahsyat ni. mm.. tp tula, kena sendiri mau paham la cam mana nak handle budak2 ni. keja sek of course aku tak bg lg, sebab takut tak buat. cuti br aku bg kot.

Tuesday, April 21, 2009

SELAMAT PAGI CIKGU..

Addicted with my reading of the new novel, TWILIGHT. sebab tu lah tak update blog ni. sebab tak leh nak tinggalkan buku tu walaupun sesaat. tp frust sampai nak tertoggeng sebab.......... sebab........ ada 50 pages missing and ada plak chapter from the second book, NEW MOON termasuk kat dalam first book ni. cis! aku telah tertipu! waa...kecewa sngt. sib baik ada novel online, bleh sambung baca. tp tak puas la kalau tak da hardcopy... arrghh!! yang second book ni aku nak check betul2

ok, tu tak da la gempaq sngt benda yang terjadi dalam minggu ni. tp today la antara ari yang bakal merubah plan idup aku. huhu.. sebab ari ni first day aku ngajaq kat sekolah rendah. ala..cikgu ganti jaaa... tp mak ai.. sabau ja la ngn budak2 kat kelas tu. walaupun darjah 4 tp hyperaktif nak mampus. aku ingat ahad ni aku nak pegang rotan ja la. memang nak kena buat garang ni. tp bleh ka? aku ni dah la suka main2. haii.. alamat memang bediri atas krusi la. budak2 tu la takkan aku plak kot.

pastu bnyk plak keja cikgu ni. sapa la yg kata jd cikgu ni relaks.. oooo... cikgu zaman la tak da la nak relak2. tmbh2 cikgu muda, mm.. member2 aku ramai kata tak tahan jd cikgu. satu kena uruskan aktivity sek, buat tu la, buat ni la. pastu siap ada kena jd warden g. huhu...24 jam keja tuh.

aku rasa jadi lecturer kot yang paling sesuai. tak ngeti la nak handle budak2 . kalau dgr cakap tak pa gak. nak cubit pun tak leh. satg masuk tv3 plak.

hai.. zaman aku dulu cikgu siap cubit perut g, takda nya nak report2 kat parents. parents la ni lemau sngt, tu anak naik kepala. last2 jd tak ketahuan.. huhu.. kasaq tu.. tp memang la. kalau dari darjah satu tak ajaq displin kat sekolah. dah naik darjah lain memang tak dapat la.. patutla ada cikgu malas nak ngajaq atau masuk kelas. cam mana la nak bg depa dok diam2 ni..susah2..

aiseyy..aku tak tau nak ajaq pa ahad ni.. mmm.. nak kena stadi ni.. buat study plan g..